Thursday, August 26, 2010

Resepi Daging Hitam Manis

Bahan-bahan:


Daging
1 inci halia}dikisar
3 ulas bawang merah}dikisar
2 ulas bawang putih}dikisar
1 biji bawang besar}dimayam
1 sudu cili kisar
3 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
2 sudu cili sos
Sedikit air
Minyak
Garam secukup rasa.



Cara Penyediaan:



Goreng daging sehingga masak.
tumiskan bahan kisar hingga wangi.
kemudian masukkan cili dan digoreng sehingga garing.
masukkan kicap manis,sos tiram,cili sos dan sedikit air.
akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng dan bawang besar.
kacau seketika dan sedia untuk dihidang.

Mila & Aril - Lelaki Pujaan

http://www.youtube.com/watch?v=nYOeQ0fSVhk

Akim - Bengang MTV

http://www.youtube.com/watch?v=ekuethjQtSY

Aril - Menatap Matamu MTV (with Lyric)

http://www.youtube.com/watch?v=Un7Sx-2uKNo

Wednesday, August 25, 2010

Petua Untuk Menghadapi UPSR

Petua Menghadapi Upsr

Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
Tenang dan percayakan diri anda.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
Bersantailah tapi berhati-hati.
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tandai kata-kata kunci dan putuskan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catat juga idea-idea yang muncul yang akan mungkin akan digunakan sebagai jawapan
Jawab soalan secara strategik.
Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:
soalan paling sukar,
yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya,
tetapi mempunyai markah sedikit.
Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih.
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang kamu lakukan.
Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang ingin anda tulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya. Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.
Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan.
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
Analisa jawapan anda.
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.
Ketika anda menghadapi peperiksaan, anda sedang memperlihatkan kemampuan anda memahami apa yang telah anda pelajari.
Peperiksaan memberikan gambaran terhadap perkembangan pelajaran anda.
Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda sendiri akan mempengaruhi anda dalam peperiksaan.

Resepi Gulai Ikan D Putra


Bahan-bahan :



  • 1 kg ikan tongkol
  • 2-3 ekor ikan kering
  • 2-3 ulas asam keping
  • 4 ulas bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 4-5 biji cili padi
  • 3 cm lengkuas
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 sudu makan cili giling
  • 1 biji kelapa
  • 1 batang timun
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • garam secukup rasa 
Cara-cara:

1. ikan tongkol dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...untuk menghilangkan hanyir, ikan tongkol direbus bersama asam keping...ke tepikan ika tongkol rebus ini...

2. kisarlah bawang merah,bawang putih, lengkuas, cili padi, serbuk kunyit dan sedikit kelapa parut...timun dibelah dua dan dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...sediakan santan daripada sebiji kelapa...

3. masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk...emudian,masukkan santan dan cili giling...panaskan periuk mengunakan api sederhana....masukkan timun

4. kemudian ,masukkan ikan tongkol rebus tadi bersama ikan kering...masukkan pula cili merah dan cili hijau...

5. kacau perlahan-lahan jangan biarkan pecah minyak...biarkan sampai mendidih...masukkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan ;P

6. untuk sambal nasi berlauk yang ringkas: kisar kasar 3-4 biji cili merah bersama sedikit cili jeruk dan secubit garam...

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa

Bahan-Bahan (1-2 org)

1 ekor ikan siakap
3 ulas bawang putih - dicincang halus
2 helai daun limau purut
1 batang bunga kantan - dihiris halus
5 batang cili padi - dihiris halus
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan sos ikan/nampla
2 sudu makan cili sos dan sos tomato
1 mangkuk nenas - dipotong dadu
1 mangkuk kecil tomato - dipotong dadu
sedikit garam dan jus lemon

Cara-cara:

1. ikan siakap dibelah bahagian tengah,bersihkan,lumur dengan garam,tepung jagung dan sebiji telur (yang dipukul sedikit), kemudian digoreng hingga garing.

2. tumis bawang putih,sos tomato,sos cili, cili padi dan bunga kantan.

3. setelah layu masukkan sos ikan, nenas, tomato, jus lemon dan daun limau purut.

4. masukkan sedikit air, kacau hingga rata, masukkan garam dan gula.

5. setelah mendidih, angkat dan tuang ke atas ikan siakap yang telah digoreng.